Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang ketika ini menjadi punca ramai anak muda yang bekerja di ibu negara dianggap sebagai miskin bandar selepas gaji bulanan yang diterima mereka tidak mencukupi untuk menampung kehidupan harian. Lebih mengejutkan,mereka langsung tidak mampu membuat sebarang simpanan bulanan selepas gaji sekitar RM1,800 hingga RM2,500 sebulan habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan menjelaskan segala komitmen. Bersama pengasas, Aimanul Haq dan jurulatih, Khairul Azman, dari kumpulan e-sukan Team Haq mewakili suara anak muda di Malaysia bagi mengulas lanjut tentang isu ini.